share! rate this site UPGRADE create website login
Zoomshare resources

'The Warno' Family Web Site

WARNO'S FAMILY

SELAMAT DATANG KE HALAMAN KELUARGA WARNO


SELAMAT TAHUN  BARU 2009

KEPADA SELURUH AHLI 

                              KELUARGA WARNO


Pengumuman / Berita Semasa

1) Semua ahli keluarga warno dijemput hadir ke rumah     Tn. Hj. Zarkasi & Pn. Hjh. Mukinah pada 18.12.2008 untuk meraikan majlis Potong Jambul Baby Hannan iaitu anak En Hairul.

Agenda : 8.00am - mula rewang

               8.00pm - Bacaan Yasin, Marhaban

Insyallah dipersudikan hadir.

2) Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga warno yang telah sama-sama menjayakan majlis Bacaan Yassin di rumah Hjh. Rosminah pada 4/12/08 tempoh hari. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.

            

SEJARAH KELUARGA                 
      

               Allahyarham TN. Haji Warno b. Somo

                    WARNO BIN SOMO

     Keluarga  Warno  asalnya datang dari tanah  Jawa Timur iaitu Daerah Puwarjo  dengan berbekalkan semangat untuk hidup di samping iman dan Islam yang begitu menebal. Empat beradik anak-anak Wak Somo iaitu yang tua  Wak Sidek,  Wak Sakri, Wak Muridan dan Wak Warno telah memperjudikan nyawanya demi untuk mengubah kehidupan dibumi kelahirannya. Setelah kehilangan bapanya, Somo bin Keromo, mereka berempat telah membawa bersama ibunya tercinta iaitu WAK BANISAH BT HJ MD YASSINMukminah untuk datang ke tanah tumpah kita skarang ini.Tulang empat kerat merekalah antara orang-orang yang telah membentuk bumi Malaysia yang merdeka hingga ke hari ini. Mereka  ini  semuanya telah  kembali ke Rahmatullah.          AL-FATIHAH....

   Hjh Banisah bt. Md. Yassin

( Isteri Allahyarham Warno )

     Mereka semua telah masuk ke Tanah Melayu pada awal tahun 40-an, menaiki tongkang dan menuju ke daerah Muar kerana ketentuan NYA  telah menunjukkan jalan untuk ke sini. Empat beradik itu mulanya melabuhkan punggung untuk beberapa tahun di mukim Bakri sambil berbasikal berulang alik sejauh kira-kira 16 km setiap hari untuk membuka tanah di Mukim Ayer Hitam. Bumi Air Hitam Batu 16 3/4 menjadi tanah pilihannya memandangkan keadaan fizikal tanahnya yang amat sesuai untuk tanaman kontan selain mudah untuk mendapatkan air. Tanah-tanah bukit antara mukim Bakri ke Kampung Air Hitam kebanyakkannya telah diterokai oleh kaum Cina dan menjadi tempat persembunyian pihak komunis yang bermaharajalela ketika itu.

Inilah rumah Wak Warno
( rakaman pada 9.12.2008 )

      Sehingga tahun 60-an, mereka ini telah mengambil keputusan untuk terus menetap di tanah terokaannya kecuali  Wak Sidek yang terus menetap di Kampung  Seri Tanjung, Bakri dan mempusakai rumah asal ketika mereka mula membina hidup di sini.Tiga beradik itulah antara orang-orang yang telah membuka tanah di Air Hitam.

     Wak Muridan yang merupakan seorang anggota polis bantuan (AC) ketika itu telah mula membina rumah kayu beratapkan daun rumbia untuk mereka bertiga bersama ibunya berlindung daripada panas dan hujan. Setelah itu barulah Wak Sakri dan Wak Warno membina rumah mereka masing-masing di belakang rumah Wak Muridan.

     Ibu mereka telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tahun 1958.

Rumah Wak Sakri (abang Wak Warno)
 yang sudah tidak diduduki lagi
( rakaman pada 9.12.2008 )
 

MENGAKHIRI ZAMAN BUJANG

      Wak Warno telah bertemu pasangannya Wak Banisah binti Haji Md Yassin yang juga berketurunan Jawa dan diijabkabulkan pada pertengahan tahun 40 an semasa usia isterinya belasan tahun lagi demi untuk menyelamatkan wanita-wanita ketika itu daripada ancaman tentera Jepun yang pantang melihat Si Dahi Licin. Mereka berdua telah dinikahkan di Kampung Seri Tanjung Bakri atas dasar kahwin dahulu baru bercinta. Bagi Wak Banisah @ Baniseh (nama glamournya), Kekanda Warno adalah wira dalam hatinya.

    WAK BANISAH DAN WAK WARNO

 Wak Warno dan Wak Banisah

( rakaman pada sekitar tahun 1980-84 )

     Hasil perkongsian antara Wak Warno dan Wak Baniseh, mereka telah dikurniakan 6 orang anak yang mana 2 daripadanya terlebih dahulu menemui penciptanya. AL-FATIHAH..   

     Anak-anak mereka ialah :

          1) ROSMINA BT WARNO (1946)

          2)MUKMINAH BT WARNO (1949)

            ( Meninggal semasa lahir )

             Namanya diambil sempena nama neneknya.

         3) NORMAN B. WARNO (1951)

         4) SITI AMINAH BT WARNO (sekitar 1952-54)

            ( Meninggal semasa lahir )

         5) MUKINAH BT WARNO (1956)

         6) SORYATI BT WARNO (1962)

                      WAK BANISAH MEMEGANG NORMAN, ROSMINAH DI TENGAH DAN WAK WARNO (BERDIRI)

 Wak Warno bersama isteri dan anaknya ( Norman dan Rosmina)

 (rakaman sekitar tahun 50an )

 KEHIDUPAN BERKELUARGA

     Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Pepatah itulah yang dipengang sehingga keluarga Wak Warno mampu untuk memiliki sebuah basikal jaguar yang merupakan kenderaan mewah di zaman itu. Anak-anak mereka berpeluang mengayuh basikal itu secara bergilir-gilir hinggakan Wak Baniseh tidak dapat belajar menunggang basikal hinggalan ke hari ini.Kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hasil nanas, pisang dan getah dijadikan sumber pendapatan keluarga. Harga nanas dan getah yang terlalu rendah ketika itu memaksa anak-anak mereka untuk berdikari demi untuk melanjutkan pelajaran.Ubi kayu dijadikan makanan ruji mereka memandangkan bekalan beras amat terhad ketika itu.

     Kehidupan Wak Warno tidak pernah sunyi kerana rumahnya sering dikunjungi oleh jiran tetangga dan sanak saudaranya untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan secara tradisional. Bagi mereka, Wak Warno merupakan doktor pakar yang boleh memberikan khidmat nasihat pelbagai penyakit. Rupa-rupanya tidak rugilah Wak Warno berguru dengan Wak Kiayi Khairi untuk menuntut ilmu perubatan tradisional di Sungai Rambai, Melaka. Segala ubat-ubatan yang digunakan kebanyakannya dihasilkan daripada bahan-bahan asli seperti minyak kelapa buatan isterinya.

 

MASA LAPANG

     Rasanya tiada masa yang terbuang kerana bagi Wak Warno masa itu emas. Masa lapangnya digunakan untuk perkara yang berfaedah seperti mengasah peralatan perkebunan seperti pisau toreh, parang dan cangkul. Selain itu kreativitinya teserlah dengan terciptanya peralatan dapur seperti senduk, hulu dan sarung parang serta pemarut ubi yang berasaskan kayu hasil kerja tangannya.

     Kekadang waktu-waktu petangnya atau tengah malam diisi dengan  aktiviti menghasilkan ubat-ubatan. Proses menghasilkan ubat-ubatan tersebut akan dianggap tidak menjadi sekiranya ada orang lain melihatnya. Ini bermakna Wak Warno akan membuat ubat-uabatan itu secara sendirian. Sehingga ke hari ini tiada seorang pun ahli keluarga Wak Warno yang mengetahui rahsia beliau berbuat demikian. 

     Wak Warno seorang yang kuat beramal. Masa tidurnya begitu pendek sekali dan

     Masa Wak Baniseh juga tidak pernah terbuang begitu sahaja. Seawal subuh lagi telah pergi menoreh getah ( ngobor ) menggunakkan lampu pelita yang dikenali dengan nama oncor. Setelah menghabiskan torehannya di kebun keliling rumah, Wak Baniseh akan membantu Wak Warno pula menoreh di kebun yang lain ( Kebon Lor yang terletak di Parit Sakir dan terletak kira-kira 3 km dari rumahnya) dengan berjalan kaki.

     Waktu petangnya pula digunakan untuk membuat keropok ubi , tikar pandan atau minyak masak. Segala hasil keluaran kecil-kecilnya itu sekurang-kurang dapat digunakan untuk membantu kehidupan keluarga apabila ada jiran-jiran dan kenalan yang membelinya.

    

PAKAIAN

     Saiz badan Wak Warno yang agak sederhana besarnya suka dikenakan dengan kemeja berlengan panjang terutamanya bewarna putih. Kaki baju yang sentiasa dimasukkan di pinggang seluarnya menjadikannya kelihatan sentiasa kemas dan bergaya. Ini ditambah lagi dengan tabiatnya yang suka memakai kasut kulit apabila ke mana-mana. Songkok hitam di kepalanya tidak pernah lekang dan lupa.

MENGUNJUNGI TANAH SUCI

     Pada tahun 1998, Wak Baniseh telah berpeluang untuk mengerjakan rukun Islam yang ke lima bersama anak lelakinya Norman dan anak bongsunya Soryati. Pada waktu yang sama, mereka telah sempat menghajikan allahyarham bapanya, Wak Warno. Kini mereka telah layak digelar Tuan Haji dan Puan Hajjah. Alhamdulillah.

    

     

 


 




 





 

If you are the owner of this site:
You can start editing your web site by clicking here.
Forgot your zoomshare username or password? Get it here.